Pagi tadi menziarah 20 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Cenderawasih….

Pagi tadi menziarah 20 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Cenderawasih akibat bencana banjir. Alhamdulillah, setelah berpindah ke PPS ini mereka berada dalam keadaan selamat. Turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban dihadapi.

Pasukan Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota bersama agensi-agensi terlibat akan terus menjaga kebajikan warga IM dan memantau perkembangan bencana banjir ini dari semasa ke semasa.