Petang tadi melawat 193 mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Kg Tiram …

Petang tadi melawat 193 mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Kg Tiram yang kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal. Turut menyampaikan bantuan barangan keperluan dan hasil sumbangan orang ramai menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima.

Situasi bencana banjir di Pahang yang semakin teruk telah mengakibatkan ramai warga IM terpaksa meninggalkan rumah demi keselamatan keluarga mereka. Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota bersama agensi berkaitan akan terus bekerjasama demi memastikan kebajikan warga IM diutamakan dalam menghadapi bencana banjir dan pandemik #COVID19.