Melawat rumah mangsa banjir di sekitar Kuantan dan Paya Besar hari ini yang dinaiki air.

Melawat rumah mangsa banjir di sekitar Kuantan dan Paya Besar hari ini yang dinaiki air. Situasi banjir di beberapa kawasan di sini kian beransur pulih dan meskipun air masih lagi bertakung, ada yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah mula pulang ke rumah mereka.

Turut berjumpa adik Muhd Faqish Aryan bin Khairy Aswan, berumur 6 tahun yang menghidap penyakit jantung berlubang. Saya dimaklumkan mengenai pemeriksaannya di Institut Jantung Negara (IJN) pada 14 Januari depan dan akan membantu untuk memudahkan urusan perjalanan mereka sekeluarga, memandangkan kebanyakan jalanraya kini sesak dan ditutup.

Bantuan barangan makanan turut disampaikan kepada mangsa banjir di sekitar Bukit Angin, Permatang Badak dan Chendering. Parti Pribumi BERSATU Malaysia (PPBM) Pahang akan terus menjaga kebajikan penduduk setempat dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membantu mereka yang terkesan akibat bencana ini.