Menerusi inisiatif Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) Fasa 2 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) , 65 buah syarikat produksi telah menerima tawaran dana kandungan digital (DKD) hari ini berjumlah RM20.8 juta bagi memperkasakan semula industri kreatif yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

PELAKSANA yang dilancarkan pada 28 Julai 2020 bertujuan membantu memperkasakan semula sektor industri kreatif, memperbanyakkan kandungan Hak Cipta Kandungan serta menjana semula ekonomi industri tanah air melalui kerjasama dengan pihak swasta dan penyiar tempatan. Berbekalkan peruntukan sebanyak RM 20.8 juta, antara tawaran yang diberikan dalam Fasa 2 kali ini ialah :

. Drama bersiri : 15 syarikat produksi
. Telemovie : 14 syarikat produksi
. Rancangan Hiburan : 21 syarikat produksi
. Rancangan Majalah : 15 syarikat produksi

Selain itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM serta FINAS sentiasa komited dalam memastikan kelangsungan dan kelestarian para penggiat industri kreatif negara dalam mendepani impak pandemik COVID-19 menerusi pelancaran Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) pada 5 Februari yang lalu. Ia dijangka memberi manfaat kepada lebih 9,000 penggiat seni di samping mencipta 40,000 pekerjaan dengan peruntukan sebanyak RM 89.2 juta menerusi pemudahan cara pembiayaan, mengupayakan kapasiti dan kemahiran serta menyediakan akses pasaran bagi produk kreatif tempatan.

#PELAKSANA
#PRISMAKKMM