Bersama para Pengetua, Guru Besar dan Lembaga Pengelola dari SJKC Semambu …

Bersama para Pengetua, Guru Besar dan Lembaga Pengelola dari SJKC Semambu, SJKC Kwang Hwa, SMK Air Putih, SJKC Kuen Cheng 2, SJKC Kong Min, SJKC Pei Chai serta Tuan Haji Miftah Bin Haji Surif, Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kuantan secara maya semalam bagi mendengar dan membantu mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi mereka dalam menghadapi sesi persekolahan norma baharu tahun ini.

Pelbagai isu telah diutarakan dalam sesi perbincangan ini, antaranya ialah bantuan penambahan peralatan pembelajaran seperti kerusi dan meja, serta kerja membaikpulih dan menyelenggara aset-aset sekolah seperti gelanggang bola keranjang.

Pendidikan memainkan peranan penting bagi melahirkan generasi yang mempunyai identiti serta keperibadian diri dalam pembangunan sesebuah negara. Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota akan meneruskan usaha membantu pihak sekolah dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif kepada anak murid di IM.