Pagi ini bertemu dengan para penduduk Kampung Kubang Ikan di Cherating bersama Pengurus Strategi dan Kawal Selia Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Pagi ini bertemu dengan para penduduk Kampung Kubang Ikan di Cherating bersama Pengurus Strategi dan Kawal Selia Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pn Norfitriah Ibrahim bagi memahami serta membantu mencari jalan penyelesaian kepada masalah penduduk kampung di sini dalam mendapatkan kemudahan asas bekalan elektrik yang telah berlarutan selama hampir 20 tahun. Alhamdulillah, peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM100,000 akan disediakan bagi membina pencawang baru demi keselesaan dan kemudahan 80 orang penduduk kampung di sini. Pembinaan ini akan dilaksanakan secepat mungkin dan kami akan memantau perkembangan pembinaan pencawang ini bagi memastikan ia disiapkan pada tarikh yang ditetapkan.