Menjelang pembukaan semula sesi persekolahan pada 1 Mac 2021..

Menjelang pembukaan semula sesi persekolahan pada 1 Mac 2021, hari ini saya bertemu dengan para Pengetua dan Guru Besar dari 47 buah sekolah dalam kawasan parlimen IM bagi memahami masalah yang dihadapi, mendapatkan maklumbalas mengenai bantuan yang telah disampaikan serta menyampaikan sumbangan Dana PIBG kepada mereka. Ini merupakan lanjutan kepada mesyuarat yang dibuat secara maya beberapa minggu lalu. Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat kali ini, antaranya bantuan untuk kerja-kerja membaikpulih aset sekolah seperti tandas, paip air, bumbung sekolah, pemasangan unit penghawa dingin untuk perpustakaan serta penambahan set kerusi dan meja kepada beberapa buah sekolah.