DIARI #IMHarapan 16 FEBRUARI 2019:

Jelajah Dato’ Saifuddin Abdullah hari ini bermula dengan perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai Talam kali ke-18 di Dewan Budiman SKeSTa, seterusnya ke SMK Alor Akar untuk Mesyuarat Agung PIBG SMK Alor Akar yang ke-42, dan ke Kota SAS untuk Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk KotaSAS kali ke-2 sesi 2019.

Selepas itu, Dato’ Saifuddin singgah di Taman Balok Makmur menziarahi En. Mohd Hanapi dan En. Azni, penghuni dua rumah yang terbakar pada awal pagi semalam, dan juga melawat lalu menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada Pn. Zainab, penduduk di IM 2. Sebelum ke program seterusnya, beliau juga meluangkan masa bertemu bersama Persatuan Pengasih Malaysia.

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, Dato’ Saifuddin juga mengambil kesempatan untuk melawat Rumah Warga Emas Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan, dan menghadiri Makan Malam Perayaan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Hainan Kuantan di Tokong Thean Hou.