Hari ini melawat Universiti Utara Malaysia untuk perasmian Treaty Room UUM, dan juga meluangkan masa berkongsi pendapat tentang hala tuju dasar luar Kerajaan Malaysia Baharu dalam siri Ministerial Engagement UUM.

Petang tadi juga melawat kampus Universiti Malaysia Perlis serta bersyarah tentang dasar luar Malaysia dalam ceramah siri pengurusan UNIMAP. Terima kasih atas sambutan yang mesra.