Bersama YB Lee Chean Chung ADUN Semambu, YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri & YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri yang merasmikan Pusat Komuniti DUN Beserah, Parlimen IM. Pusat Komuniti baru ini berfungsi sebagai pusat sehenti dalam menghubungkan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan kepada rakyat dengan lebih berkesan.

YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga menyampaikan sijil penghargaan kepada adik Nik Intan Nabila Nik Fauzi Izani, umur 8 tahun atas keberaniannya menyelamatkan adik berusia 8 bulan setelah rumah mereka di Batu Hitam terbakar bulan Mac lalu. #IMharapan