Jejalah #IMharapan hari ini memberi tumpuan kepada program-program pendidikan, antara langkah untuk meningkatkan peluang dan akses pendidikan, memupuk kecemerlangan akademik, serta mendukung Indera Mahkota sebagai Kota Ilmu dan Budaya.

Hadir ke Majlis penyampaikan Apresiasi Kecemerlangan Akademik dan menyaksikan Perlancaran Program Sinar Kasih Peringkat Parlimen IM, program pendidikan untuk pelajar berkeperluan khas di peringkat sekolah menengah dalam bentuk ‘home-coaching’.

Petang tadi juga menyaksi pertandingan Robotik ‘SHAKS Battle of Robots’ yang berlangsung di Sekolah Menengah Hajah Kalsom (SHAK). Kagum dengan kreativiti dan kemahiran peserta-peserta dan tahniah kepada pemenang!